kemudahan

Salah satu dari kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Kemudahan ini disediakan adalah sebagai tanda penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggota terhadap koperasi ini. Dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, dapat memberikan keselesaan kepada anggota. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:

** Mengikut Terma & Syarat

Promosi Percutian

Percutian Ke Dubai

Kami akan membawa anda ke sepanjang Jumeirah Beach sehingga ke Pusat Jualan The Palm Jumeirah, untuk memberi anda idea tentang Residence Island yang menakjubkan dari buatan manusia.

Terokai Dubai Marina, Dubailand, Dubai Autodrome, International City dan lebih banyak keindahan yang menakjubkan di “New Dubai” sehingga tiba di pejabat Burj Dubai, bangunan tertinggi di dunia di mana anda akan terpesona dengan seni binanya.

maklumat lanjut


Lain-Lain Pakej Percutian

Selain Dubai, terdapat juga pakej percutian ke tempat-tempat menarik yang lain di seluruh dunia. Antaranya :


** Sila muat turun fail di atas.

produk koputri

Produk Kecantikan ANTARA Beauty

Dunia wanita tidak dapat lari dari dunia kecantikan. Menyedari aspek kesihatan dan kecantikan adalah aspek yang amat ditekankan oleh golongan wanita, KOPUTRI mengambil inisiatif untuk melancarkan produk kecantikan di bawah label sendiri yang diberi nama ANTARA.

Produk kecantikan ANTARA merupakan salah satu produk kecantikan yang mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kesihatan Malaysia.

Bertemakan ‘Kecantikan Idaman Si Jelita’, produk yang berasaskan daripada bahan-bahan semulajadi ini sangat sesuai untuk digunakan oleh semua wanita di peringkat umur. Kandungan bahan-bahan yang berkualiti mampu mengekalkan kejelitaan dan kesegaran wajah anda. Dengan kadar harga yang berpatutan serta berkualiti, produk kecantikan ANTARA ini mampu dimiliki oleh semua golongan wanita di dalam Negara ini. Kini produk kecantikan ANTARA sudah berada di dalam pasaran.

ANTARA BEAUTY AND SPA

           

     

maklumat lanjut