pendidikan

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang penting dalam menjana minda yang cerdas dan efektif. Di zaman ini, pendidikan memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan. Di sebalik kecemerlangan yang dikecapi, pendidikan juga turut memainkan peranan penting dalam membina sahsiah diri dan membentuk disiplin yang mantap. Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil di Negara ini, kos pendidikan yang di tanggung oleh rakyat Malaysia semakin meningkat terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 

KOPUTRI amat perihatin terhadap masalah yang sedang dialami oleh semua rakyat di Negara ini. Oleh itu KOPUTRI telah memperkenalkan skim pendidikan bagi menghargai kesetiaan semua anggotanya. Skim ini diperkenalkan adalah untuk membantu dan meringankan beban anggota yang kurang mampu untuk menampung kos pendidikan anak- anak mereka terutamanya untuk ke institusi pengajian tinggi. Dengan skim ini, anak- anak anggota yang kurang berkemampuan dapat meneruskan pembelajaran mereka. Skim ini hanya diberikan kepada anggota yang layak sahaja.

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang Maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya
engkau akan binasa.”

Riwayat al- Bazzar


Link:

** Mengikut Terma & Syarat