sejarah penubuhan

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI)
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 0993 sebagai suatu koperasi dengan liabiliti terhad. Pada awalnya koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan berkembang sehingga Disember 2012 seramai 22118 anggota berdaftar.
konsep koperasi

Kebajikan, Kemudahan, Pinjaman dan Keutamaan Ahli
Koperasi secara Am
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.