taska permata seri koputri

Sebagai sebuah koperasi yang berlatar belakangkan kaum Hawa, KOPUTRI telah menubuhkan Taska Permata Seri KOPUTRI yang terletak di No.22, Jalan Damai Jasa 17, Alam Damai, 56000 Cheras,Kuala Lumpur telah diadaptasi dari program Anak Permata Negara. Dengan menggunakan slogan yang sama "Setiap Anak Permata Negara" penubuhan taska ini bertujuan membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan misi untuk melahirkan generasi masa depan dengan personaliti yang unggul.


Antara objektif penubuhan Taska Permata Seri KOPUTRI (TPSK) adalah untuk membentuk kanak-kanakyang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam dua bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa inggeris), bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani. Dengan yuran bulanan yang berpatutan, TPSK menyediakan berbagai kemudahan antaranya:-

 

  • Kemahiran untuk kanak-kanak berdikari seperti mengajar cara untuk berkomunikasi dengan betul, pergaulan dengan rakan sebaya, dan pendidikan asas sebagai tapak untuk
  • Mengekplotasi bakat semulajadi kanak-kanak iaitu dengan melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak untuk menonjolkan kemahiran yang dimiliki kanak-kanak berkenaan
  • Persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak iaitu dengan memastikan kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan selesa dan ceria agar mereka dapat merangsangkan lagi kecerdasan otak dalam setiap pembelajaran mereka.
  • Kepelbagaian aktiviti-aktiviti luar turut disediakan seperti peralatan permainan air dan 'sand box', serta peralatan pekebun bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menikmati keseronokan sambil belaja

** Mengikut Terma & Syarat