coop medical centre (cmc)

 

 

Bangunan yang berkeluasan 14, 450 meter persegi dan mempunyai 4 tingkat ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pusat perubatan di mana setiap tingkat mempunyai fungsinya yang tersendiri. Tingkat bawah bangunan CMC ini terdapat 5 buah bilik rawatan doktor, sebuah bilik rehat, dua buah pejabat urusan dan sebuah makmal. Di tingkat 1 pula dilengkapi dengan 9 buah bilik rawatan, sebuah makmal, sebuah bilik steril, sebuah bilik pembedahan, wad-wad ibu bersalin, bilik x-ray, bilik mandi, tandas dan stor. Wad terbuka yang tersedia ada di tingkat ini boleh menempatkan 8 buah katil, serta sebuah bilik wad kelas pertama pula diletakkan sebuah katil, khusus bagi bagi pesakit yang inginkan privasi. Manakala tingkat 2, 3, dan 4, masing-masing mempunyai 9 buah wad. Sebuah wad mampu memuatkan 14 buah katil. Selain daripada itu, terdapat juga bilik penyusuan bayi, bilik steril, “delivery suite” dan stor.


Sebelum ini klinik Sambhi hanya menawarkan perkhidmatan dan rawatan sakit puan dan ibu-ibu mengandung. Kini, CMC masih lagi mengekalkan perkhidmatan yang sedia ada, serta menambah beberapa perkhidmatan lain seperti pusat pemeriksaan kesihatan, rawatan dialysis buah pinggang, pusat penjagaan orang-orang tua untuk ahli koperasi. Bagi perancangan jangka masa panjang, CMC yang terletak di Jalan Medan Tuanku ini akan dijadikan sebagai ibu pejabat, manakala rangkaian atau cawangan akan diwujudkan di setiap negeri dan dinamakan sebagai COOP Poliklinik.