Perkhidmatan coop assist
INSURAN PERJALANAN DAN BANTUAN KECEMASAN
Koperasi Putri (KOPUTRI) telah menyediakan kemudahan Insuran Perjalanan dan bantuan Kecemasan atau dikenali sebagai "COOPAssist" bagi mengatasi masalah yang dihadapi ketika di dalam perjalanan. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua ahli koperasi untuk mendapatkan bantuan kecemasan sekiranya kenderaan bermasalah. Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah:
PERKHIDMATAN PUSAT PANGGILAN:-
Tele-perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma untuk ahli-ahli. Bantuan tele-marketing adalah dengan syarat.
YURAN HOSPITAL:-
Bayaran RM100 setiap hari maksimum 2 hari. Diberi sekiranya anda mengalami kemalangan semasa memandu kenderaan dan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan.
PERKHIDMATAN MENUNDA:-
Perkhidmatan menunda adalah percuma sehingga RM300 per kes dan kenderaan berikut boleh dihantar ke bengkel terdekat yang disahkan atau bengkel pilihan anggota. Perkhidmatan menunda kenderaan yang mengalami kemalangan adalah percuma (tidak terhad).
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BATERI:-
Penghantaran percuma dan perkhidmatan pemasangan disediakan untuk mengganti bateri di rumah pemilik atau pejabat. Kos bateri di caj mengikut harga pasaran bergantung kepada jenama dan jenis.
PERKHIDMATAN ALTERNATIF KE RUMAH SELEPAS KEMALANGAN:-
Pengangkutan percuma ke rumah jika pemandu kenderaan penunda menggunakan laluan yang sama ketika pergi atau selepas pulang dari tempat kemalangan.
PERKHIDMATAN SEMASA KECEMASAN:-
Perkhidmatan pengangkutan ke pusat kesihatan, ambulan ataupun lain-lain kenderaan boleh dirunding kepada kemampuan pemilikm kenderaan.
PERPINDAHAN MAKLUMAT SEMASA KECEMASAN:-
Percuma perpindahan maklumat kepada pemilik kenderaan serta merta ketika berlaku kecemasan di seluruh Negara.
PERKHIDMATAN PERUNDANGN:-
Nasihat perundangan untuk kemalangan dan penggunaan jalanraya adalah percuma tetapi kos mengupah peguam bagi kes-kes mahkamah adalah tidak termasuk dalam pakej.
PERKHIDMATAN SEWA KERETA:-
Bantuan percuma untuk menyewa kereta daripada firma menyewa kereta terbesar pada kadar harga diskaun.
INSURAN PERJALANAN:-
Diwujudkan khas untuk menyediakn kemudahan dan bantuan kecemasan yang melibatkan kecederaan tubuh badan. Polisi perlindungan kemalangan diri daripada CoopAssist membolehkan permohonan dalam masa 24 jam keatas kemalangan nyawa walau di serata dunia, kecacatan seluruh tubuh badan kekal / kurang upaya, kecacatan seluruh tubuh badan separa / kecacatan fizikal / kurang upaya, dan juga kos perubatan / surgeri.
** Mengikut Terma & Syarat