kebajikan

Sebahagian kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kebajikan yang telah disediakan kepada ahlinya. KOPUTRI amat menitik beratkan setiap kebajikan anggotanya kerana ianya merupakan penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggotanya kepada koperasi. Antara kebajikan yang disediakan adalah:

KHAIRAT KEMATIAN:- Skim Khairat Kematian telah diperkenalkan bagi mmberi bantuan kepada ahli yang kehilangan anggota keluarganya. Sumbangan akan dihulurkan kepada anggota yang telah meninggal dunia.

PERKAHWINAN:- Bagi setiap anggota yang akan melangsungkan perkahwinan, KOPUTRI akan memberi ganjaran bagi menghargai kesetiaan mereka kepada KOPUTRI.

KELAHIRAN ANAK:- KOPUTRI amat prihatin terhadap perkembangan semasa anggotanya. Sekiranya ada di kalangan anggota yang mendapat kelahiran baru, mereka akan mendapat sumbangan dari KOPUTRI sebagai tanda penghargaan.


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Riwayat Muslim

** Mengikut Terma & Syarat