Hartanah Terbaru KOPUTRI Di Cheras

Rabu, 11 Mac 2015 - Koperasi KOPUTRI telah menambah pemilikan hartanah Koperasi apabila membeli 6 unit ruang perniagaan di Maxim Residence @ Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur yang bernilai RM 7,140,000.00.

Projek Maxim Residences yang berkonsepkan gaya hidup profesional masa kini ini dibina dengan ketinggian 35 tingkat merangkumi 542 unit kediaman dan 40 unit ruang perniagaan serta dilengkapi dengan kemudahan rekreasi.

Daripada 40 unit ruang perniagaan yang disediakan, pihak Koperasi Medan Tuanku telah membeli 36 unit atau 90% secara berkumpulan yang bernilai RM 45,580,000.00.

Terletak di lokasi yang strategik dan dihubungkan dengan sistem pengangkutan awam seperti MRT (Stesen Cheras Sentral) serta rangkaian lebuhraya timur barat dan selatan, projek ini memberi kemudahan ekses kepada penghuni dan orang ramai.

Majlis menandatangani perjanjian jual beli ini telah disempurnakan oleh Pengerusi KOPUTRI, Pn. Nor Hidayah Sebadak Sardja dengan wakil pemaju Trillion Maxim Sdn Bhd, Tan Sri Chor Chee Heung sambil diperhatikan oleh Menteri KPDNKK, Y.B. Dato Sri Hasan Malek dan Datuk Seri Rahim Baba selaku Presiden Kumpulan Koperasi Medan Tuanku.

Majlis tandatangan ini juga turut melibatkan 2 lagi kumpulan koperasi Medan Tuanku iaitu Koperasi UKHWAH dan Koperasi KOBETA. Majlis telah berlangsung di tapak projek Maxim Residence, Taman Len Seng, Cheras, Kuala lumpur.

GALERI: