Sumbangan Derma Kepada Mangsa Gempa Bumi

Port Dickson - Pada 9 Oktober 2009 yang lalu, satu majlis sumbangan derma telah diadakan di Batu 7, Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengumpul hasil sumbangan yang akan di dermakan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang berlaku di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Majlis yang dilancarkan oleh Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini telah disertai oleh badan-badan Koperasi yang terdapat di negara ini termasuklah Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI).


Dalam majlis ini, pihak KOPUTRI telah memberi sumbangan sebanyak RM 5000. Sumbangan yang di serahkan dalam bentuk ‘mock cheque’ telah diserahkan oleh Pn. Sharifah Aminah Syed Mohssain selaku Setiausaha KOPUTRI kepada Y.B Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Selain Koperasi KOPUTRI, terdapat beberapa koperasi  lagi turut menyerahkan sumbangan masing-masing.