perasmian coop medical centre (cmc)

Bersempena Minggu Keusahawanan Koperasi peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Medan Tuanku, Koperasi KOPUTRI telah mengambil peluang untuk merasmikan pusat perubatannya iaitu COOP Medical Centre (CMC). CMC pada asalnya telah lama bertapak di Medan Tuanku ini yang dikenali sebagai Klinik Sambhi. Klinik Sambhi merupakan sebuah klinik kesihatan yang dimiliki sepenuhnya oleh Datuk Dr. J. S. Sambhi. Pada Julai 2009 yang lalu pihak pengurusan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI) telah membeli dan mengambil alih pentadbiran Klinik ini dengan menggunakan nama COOP Medical Centre (CMC).


Perasmian CMC ini telah dilaksanakan oleh Y.B. Dato Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis perasmian ini dimulakan dengan acara memotong riben di pintu masuk CMC. Setelah masuk ke dalam CMC, beliau telah dipertontonkan dengan tayangan ringkas yang menceritakan serba sedikit tentang CMC sebelum menandatangani ‘plate’ sebagai tanda perasmian. Beliau kemudian dibawa melawat sekitar CMC sebelum sidang akhbar diadakan. Turut mengiringi beliau pada majlis ini adalah Y. Bhg Dato’ Mangsor Bin Saad, Pengerusi Eksakutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Y.Bhg Datuk Rahim Baba, Yang Di Pertua Koperasi UKHWAH, Y.Bhg Dr. J.S. Sambhi, Y.Bhg Dr. Mohd Shuhaizam Mohd Zain dan ramai lagi VIP-VIP yang hadir.


Selain dari perasmian CMC, KOPUTRI juga turut mengambil bahagian dalam program Minggu Keusahawanan Koperasi ini dengan membuka tapak pameran. Program Minggu Keusahawanan Koperasi ini telah diadakan di Lorong Medan Tuanku 1, Medan Tuanku bermula dari 6 April hingga 8 April 2010. Pada program kali ini koperasi KOPUTRI telah memperkenalkan produk keluaran terbaru mereka iaitu produk kecantikan ANTARA. Berbagai jenis produk kecantikan ANTARA telah dipamerkan di tapak pameran ini seperti krim set penjagaan tubuh badan, set penjagaan muka dan sebagainya. Produk ini sudah mula memasuki pasaran di negara ini.

GALERI: