Kemudahan pusat perubatan

KOPUTRI telah menubuhkan pusat perubatan bagi memberi kemudahan rawatan dan perubatan kepada ahlinya. Pusat perubatan yang dikenali sebagai COOP Medical Centre Telah ditubuhkan untuk memberi khidmat rawatan kesihatan kepada ahli koperasi dengan bayaran yang minimum. Selain itu, KOPUTRI juga akan memperkenalkan Skim Khairat Kesihatan yang berfungsi sebagai perlindungan perubatan. Dengan skim ini, KOPUTRI dapat membantu ahlinya mengurangkan bebanan kos rawatan dan perubatan yang semakin tinggi sekarang.

 

Disamping pelancaran Skim Khairat Kesihatan, KOPUTRI juga akan Melancarkan COOP Medical Card bagi memudahkan ahli membuat Pendaftaran di kaunter apabila menggunakan perkhidmatan di COOP Medical centre. Bagi pemegang COOP Medical Card, potongan sebanyak 50% akan diberikan ke atas caj perkhidmatan dan ubat- ubatan, manakala kepada yang bukan pemegang COOP Medical Card, harga biasa akan dikenakan. COOP Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur merupakan ibu pejabat pusat perubatan KOPUTRI manakala rangkaian atau fancais akan ditubuh di setiap negera dan dinamakan sebagai COOP Poliklinik.

 

 

CARA Pembayaran Perkhidmatan

Kos pembayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada ahli adalah bergantung kepada doktor, harga ubat, dan kos pentadbiran. Manakala kos atau caj konsultansi tidak akan dikenakan kepada ahli yang mendapatkan perkhidmatan disini.

 

Sejajar dengan pembukaan COOP Medical Centre, pihak koperasi akan melancarkan Skim Khairat Kesihatan ini, mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM12.00 sebulan secara tetap atau boleh membuat bayaran penuh setahun iaitu RM144.00. Tetapi bagi kakitangan kerajaan yang telah mendapatkan Pembiayaan Peribadi Awam-I CIMB bank dengan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI), mereka secara automatik pemegang COOP Medical Card.

 

Bagi pemegang COOP Medical Card,potongan sebanyak 50% akan diberikan ke atas caj perkhidmatan dan ubat-ubatan, manakala kepada yang bukan pemegang COOP Medical Card, harga biasa akan dikenakan.

 

Buat permulaan, pihak koperasi akan mengenakan caj perkhidmatan doktor ke atas ahli, tetapi selepas koperasi mempunyai dana secukupnya, bayaran perkhidmatan doktor akan disubsidikan atau dengan kata lain ditanggung kos sepenuhnya oleh koperasi.

** Mengikut Terma & Syarat