Sejarah Penubuhan
KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. Pada awal penubuhannya, koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan sehingga Disember 2018 seramai 17,605 anggota berdaftar.

Sebagai syarat menjadi ahli koperasi ini, setiap anggota yang memohon untuk menjadi ahli koperasi ini diwajibkan mencarum yuran dan tabungan setiap bulan secara tetap dan boleh caruman boleh dibuat ansuran melalui potongan perkhidmatan Biro Angkasa (BPA). Untuk permulaan, pihak koperasi mengutip caruman bulanan tersebut sebagai cara memperoleh pendapatan.

Untuk makluman, diawal penubuhan koperasi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad memegang jawatan jawatan Pengerusi Koperasi, namun atas sebab-sebab tertentu,pihak lembaga sepakat untuk melantik YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad menjadi Yang Dipertua Koperasi. Pada waktu kini, jawatan Pengerusi disandang oleh Puan Sharifah Aminah Binti Syed Mohssain.

Untuk makluman, antara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kredit kepada anggota dengan pelbagai tujuan, menyediakan perkhidmatan tadika dan taska, menjalankan aktiviti pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Selain dari itu, tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti membeli, menjual ,memindahkan hak milik, menyewa, mencagar dan memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih. Koperasi juga menyertai usahasama dan menjadi anggota dengan koperasi-koperasi lain untuk tujuan meningkatkan daya saing, pendapatan serta bertukar-tukar ilmu berkoperasi.

Comments are closed.