Sebahagian kelebihan menjadi anggota KOPUTRI adalah dengan kebajikan yang telah disediakan kepada ahlinya. KOPUTRI amat menitik beratkan setiap kebajikan anggotanya kerana ianya merupakan penghargaan KOPUTRI terhadap kesetiaan anggotanya kepada koperasi. Namun begitu,beberapa terma dan syarat tambahan lain akan dikenakan kepada anggota yang difikirkan sesuai pada waktu -waktu tertentu yang telah dipersetujui Ahli Lembaga bagi mereka yang memohon sumbangan kebajikan ini. Antara kebajikan yang disediakan adalah:

  • Khairat Kematian

    Skim Khairat Kematian telah diperkenalkan bagi memberi bantuan kepada anggota yang meninggal dunia. Sumbangan akan dihulurkan kepada waris atau ahli keluarga anggota yang telah meninggal dunia.

  • Perkahwinan

    Bagi setiap anggota yang telah melangsungkan perkahwinan, KOPUTRI akan memberi ganjaran bagi menghargai kesetiaan mereka kepada KOPUTRI.

  • Kelahiran Anak

    KOPUTRI amat prihatin terhadap perkembangan semasa anggotanya. Sekiranya ada di kalangan anggota yang mendapat kelahiran baru, mereka akan mendapat sumbangan dari KOPUTRI sebagai tanda penghargaan.

*Mengikut terma dan syarat

Comments are closed.