Sejarah Penubuhan
KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad (KOPUTRI), didaftarkan pada 9 Mac 2006 di bawah Akta Koperasi 1993, bermula dengan keanggotaan seramai 100 orang. Sehingga Disember 2024, jumlah keanggotaan KOPUTRI telah berkembang pesat kepada 15,087 orang.

Koperasi ini diasaskan oleh Dato’ Sri Dr. Noraini Ahmad, Hajah Sharifah Aminah Binti Syed Mohssain, dan Puan Nur Rahifah Ngah, dengan sokongan daripada Allahyarham Datuk Seri Rahim Baba, seorang tokoh koperasi yang terkenal.

Pada peringkat awal penubuhannya, KOPUTRI menumpukan kepada pembiayaan kredit anggota serta menyediakan perkhidmatan berikut:

  • 2008 – 2019: Taska Permata Seri KOPUTRI
  • 2009 – 2017: Klinik & Hospital Bersalin Coop Medical Centre
  • 2010 – 2015: Spa kecantikan & produk kecantikan ANTARA BEAUTY

Selain itu, KOPUTRI turut aktif dalam pelaburan hartanah, termasuk membeli, menjual, dan menyewakan hartanah bagi menjana pendapatan serta memberi pulangan kepada anggota. Hartanah yang dimiliki oleh KOPUTRI kini bernilai RM66,733,700 dan terdiri daripada:

  • 6 buah rumah banglo Casabella di USJ
  • 20 unit kondominium di Maxim Sentul
  • 4 bangunan pejabat di Medan Tuanku
  • 6 buah rumah kedai di Maxim Alam Damai

KOPUTRI juga melaksanakan pelaburan strategik dalam saham syarikat yang terlibat dalam industri kuari, serta mempunyai Deposit Tetap di bank-bank utama di Malaysia.

Dalam sektor pendidikan, sejak tahun 2020, KOPUTRI telah mengambil alih sepenuhnya Tadika Sri Wawasan KOPUTRI bagi menyokong pendidikan awal kanak-kanak.

Keberkesanan pengurusan koperasi ini terbukti apabila KOPUTRI berjaya menduduki tangga ke-32 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2021 dan 2022, satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan kejayaan koperasi dalam memberi manfaat berterusan kepada anggotanya.

Comments are closed.