Majlis Makan Malam sempena Karnival Sukan Kumpulan KOOP Medan Tuanku 2018 telah diadakan pada hari Sabtu 26 Januari yang lalu. Dengan tema ‘Glamorous Nite (Black & Gold)’ majlis yang diadakan di Pasific Ballroom, Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur ini berlangsung dengan meriah sekali.

Kira-kira 350 orang yang terdiri daripada kakitangan koperasi Ukhwah, Koputri, Kobeta & SriUkhwah serta keluarga telah hadir memeriahkan majlis ini.

Pelbagai aktiviti telah diaturkan sebagai sepanjang majlis makan malam ini berlangsung. Antaranya ialah penyerahan piala sukan kepada pemenang untuk sukan :

  1. Bola Jaring – SriUkhwah
  2. Futsal – Ukhwah
  3. Badminton – Koputri/Noble
  4. Go-Kart – Koputri/Noble
  5. Bowling – Koputri/Noble

Pihak penganjur juga turut mengumumkan pemenang untuk

  1. Atlit KOOP Terbaik – Pn. Rahifah Ngah (Koputri/Noble)
  2. Juara Keceriaan – Koputri/Noble
  3. Juara Keseluruhan (Piala Datuk Seri Rahim Baba – Koputri/Noble

Selain itu pihak penganjur juga turut menyelitkan beberapa aktiviti untuk menyerikan lagi majlis ini seperti cabutan bertuah bagi setiap koperasi, pakaian terbaik kategori lelaki & wanita serta di hiburkan oleh kumpulan akustik SUWARA Muzik.

Antara VIP yang turut hadir ialah YBHG. Datuk Nordin Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM merangkap perasmi majlis, Tn. Hj Zulkifli Jamaludin Pengerusi JPAN WPKL, En. Zahari Omar Pengarah SKM WPKL, Pn. Hjh Jamaliah Ismail Tmbalan Pengarah SKM WPKL, Dato’ Seri Mustapa Kamal Maulut Pengerusi Ukhwah, En. Razman Rahim Pegawai Eksekutif Ukhwah selaku Pengerusi Majlis Makan Malam, En. Nasution Ismail Pengerusi Kobeta, Pn. Sharifah Aminah Mohssain Pengerusi Kuputri.