• gallery-item
  • gallery-item
  • gallery-item
  • gallery-item
  • gallery-item

Hari Raya Aidilfitri & majlis rumah terbuka sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Muslim di Malaysia. Kemeriahan Aidifitri akan disambut dengan meriah bersama masyarakat di sekeliling tidak mengira agama & bangsa.

Sehubungan itu, pihak Kumpulan Koperasi Medan Tuanku sekali lagi telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 sempena kedatangan Syawal pada awal bulan Jun lalu.

Bertempat di Villa Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, majlis yang diterajui oleh gabungan 3 koperasi iaitu Ukhwah. Koputri & Kobeta telah berlangsung pada hari Rabu, 26 Jun 2019 bersamaan 22 Syawal 1440H. Kemeriahan ini telah disambut dengan pelbagai juadah hidangan yang disediakan seperti Nasi & lauk pauk, Satay, Char Kue Teow, Rojak Kuih, Laksa, Apam Balik, Laksa, Cendol & Durian.

Dianggarkan kira-kira 600 orang tetamu yang telah hadir pada majlis ini. antara VIP yang hadir adalah Y. Bhg En. Amran Bin Abd Kadir, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan selaku perasmi majlis