Aktiviti Operasi Koperasi
Pembiayaan Kredit

Walaupun koperasi ditubuhkan pada tahun 2006, tetapi koperasi menjalankan aktiviti pertamanya bermula pada Februari 2008. Di sepanjang tahun 2006 sehingga Januari 2008 pelbagai kertas kerja dirangka dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan projek dan dana, sehingga pada tahun 2007 koperasi ini diberi kepercayaan oleh pihak CIMB bank dengan menawarkan dana untuk memasarkan produk kewangan Islam Sektor Awam- I berkonsepkan Bai Al Inah kepada kakitangan awam di seluruh Malaysia. Dengan itu,bermula Februari 2008 pihak koperasi mula memasarkan produk kredit tersebut dan mampu memperoleh pendapatan serta berjaya meningkatkan jumlah pendapatan dalam tempoh yang singkat.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009, koperasi telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.97 juta, berbanding dengan RM23,000.00 pada tahun 2008 dengan peningkatan sebanyak RM1.94 juta. Dalam tahun kewangan 2009, koperasi mampu mencatatkan perolehan pendapatan sebanyak RM3.85 juta berbanding RM44,000.00 pada tahun 2008. Peningkatan ini adalah disebabkan dengan aktifnya aktiviti pembiayaan kredit kewangan islam sektor awam -I ini.

Setelah kejayaan menawarkan aktiviti pembiayaan kredit menggunakan dana CIMB, pihak koperasi menambah dana dengan bank lain, dan kami mencuba menjalankan khidmat aktiviti pembiayaan kredit dengan pihak Bank Rakyat pula. Pada penghujung 2011, Bank Rakyat menawarkan dana sebanyak RM50 juta untuk tujuan pembiayaan kredit. Bermula November 2011, pihak koperasi menjalankan aktiviti pembiayaan kredit berdasarkan konsep Bal Al Inah, seterusnya dalam tahun 2016, koperasi juga menjalin hubungan dengan Bank Persatuan selepas Bank Persatuan memberikan dana sebanyak RM15 juta kepada koperasi bagi menjalankan aktiviti pembiayaan kredit. Aktiviti pembiayaan kredit bersama Bank Persatuan juga menggunakan konsep Bal Al Inah.

Pada Ogos 2017, koperasi maju setapak lagi dengan menjalin hubungan dengan CIMB Islamic Bank selepas bank ini memberikan dana sebanyak RM15 juta dalam bentuk Term Loan dan RM30 juta dalam bentuk Revolving Credit. Koperasi menjalankan aktiviti pembiayaan kredit ini untuk kedua jenis dana ini menggunakan konsep Tawarruq. Pada tahun 2019, sekali lagi pihak CIMB Islamic Bank menawarkan dana sebanyak RM40 juta untuk tujuan yang sama iaitu menjalankan aktiviti pembiayaan kredit untuk para anggota koperasi ini dan masih berkonsepkan Tawarruq.

Aktiviti pemberian pembiayaan kredit kepada anggota mampu menjana sejumlah pendapatan yang amat lumayan kepada koperasi, selain dapat membantu anggota dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kewangan mereka dan memberikan satu tahap keselesaan kehidupan atau nilai tambah kepada anggota koperasi ini sendiri.

Comments are closed.