penginapan di sekitar kuala lumpur

Titiwangsa, Kuala Lumpur

Banglo 2 tingkat di Taman Tasik titiwangsa, salah satu daripada taman rekreasi yangterkenal di kota metropolitan yang terletak di bahagian utara bandaraya Kuala Lumpur. Berhampiran Istana Budaya, Galeri perdana dan juga Perpustakaan Negara. Taman rekreasi ini lengkap dengan kemudahan untuk berjoging, berbasikal dan berbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Di tepi tasik pula terdapat sebuah restoran terapung di mana anda boleh merasai keenakan masakan kampung dan pelbagai jenis masakan lagi sambil menikmati keindahan pemandangan tasik ini. Bakatkraf, sebuah pusat pameran dan pusat jualan barangan kraftangan yang dihasilkan oleh isteri-isteri tentera.

** Mengikut Terma & Syarat